HARI SABTU 04 DISEMBER 2021

HARI SABTU 4 DISEMBER 2021 4 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan melihat lebih dekat antara peralatan yang digunakan semasa latihan ketenteraan kepakaran komando dijalankan (atas), sementara gambar kiri, antara latihan ketenteraan kepakaran komando yang dilaksanakan. KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seterusnya berkenan berangkat ke bangunan Modern Urban Combat (MUC), di mana baginda menyaksikan latihan ketenteraan kepakaran komando, yang merangkumi Close Quarter Battle (CQB), Method of Entry (MOE) dan Urban Climbing (kiri dan atas). KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mendengarkan sembah penerangan ketika menyaksikan latihan ketenteraan kepakaran komando berkenaan. Baginda kemudiannya dijunjung berangkat ke The Eastney Room bagi Majlis Santap Tengah Hari. Kebawah DYMM, seterusnya berangkat ke bangunan Modern Urban Combat (MUC), di mana baginda menyaksikan latihan ketenteraan kepakaran komando, yang merangkumi Close Quarter Battle (CQB), Method of Entry (MOE) dan Urban Climbing. Selesai pertunjukan latihan ketenteraan berkenaan, Kebawah DYMM berangkat ke The Falklands Hall bagi menghadiri Majlis Tamat Latihan Kursus AACC juga Penyampaian Beret Hijau, di mana baginda dijunjung selaku tetamu kehormat untuk menyampaikan Beret Hijau kepada 46 anggota peserta AACC, yang berjaya menamatkan kursus berkenaan, termasuk DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen. >> Muka 5 >> Muka 3

RkJQdWJsaXNoZXIy MTM4NjU2NA==