HARI SABTU 04 DISEMBER 2021

HARI SABTU 4 DISEMBER 2021 3 Kecemerlangan DYTM raih Beret Hijau, tamatkan AACC KEBAWAHDuli YangMahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi menghadiri Majlis Tamat Latihan Kursus All Arms Commando (AACC) dan Penyampaian Beret Hijau bagi paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen, di Commando Training Centre Royal Marines (CTCRM), Lympstone, Devon, United Kingdom. Berangkat mengiringi baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah (atas dan kanan). KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan dijunjung menandatangani Lembaran Keberangkatan dan berangkat ke The Eastney Room bagi Majlis Santap Tengah Hari (atas dan kanan). KEBERANGKATAN tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Bangunan Mes Pegawai CTCRM disambut dengan Tabik Hormat Diraja (Royal Salute), yang disembahkan oleh anggota Guard of Honour King's Squad dan Buglar Royal Marines Band. Baginda, seterusnya berangkat ke The Falklands Hall bagi menghadiri Majlis Tamat Latihan Kursus AACC juga Penyampaian Beret Hijau, di mana baginda dijunjung selaku tetamu kehormat untuk menyampaikan Beret Hijau kepada 46 anggota peserta AACC, yang berjaya menamatkan kursus berkenaan, termasuk DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen (bawah dan kiri). Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Bangunan Mes Pegawai CTCRM disambut dengan Tabik Hormat Diraja (Royal Salute), yang disembahkan oleh anggota Guard of Honour King's Squad dan Buglar Royal Marines Band. Baginda, kemudiannya dijunjung oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen bersama Vice Lord Lieutenant of Devon, Lady Arran; Commandant CTCRM, Colonel Simon Chapman OBE; Commandant General of the Royal Marines, Brigadier Graeme Jock Fraser; dan Regimental Sergeant Major (RSM), W01 Billy Meldrum. Kebawah DYMM, seterusnya beredar ke Achnacarry Room, Mes Pegawai CTCRM bagi menerima sembah taklimat daripada Colonel Simon Chapman OBE, yang antara lainnya menerangkan mengenai latar belakang CTCRM dan AACC, yang disertai oleh DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Muhammad Asri Haji Awang Abas >> Muka 1 >> Muka 4

RkJQdWJsaXNoZXIy MTM4NjU2NA==