HARI SABTU 04 DISEMBER 2021

HARI SABTU 4 DISEMBER 2021 24 NASIONAL 2 syarikat dikenakan kompaun BELAIT , Rabu, 1 Disember. - Dua buah syarikat dikenakan kompaun sebanyak BND1,000, di bawah Akta Kesalahan- kesalahan Kecil Penggal 30, Bab 12 (1)(d), di mana meninggalkan dan melonggokkan bahan binaan tanpa kebenaran secara sembarangan, di tempat awam, baru-baru ini. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Daerah Belait, kedua-dua syarikat terbabit didapati menimbunkan pasir, batu dan bahan lain, di sebarang tempat awam ketika pegawai dan kakitangan penguatkuasaan mengadakan rondaan rutin di kawasan, di bawah kawalan Jabatan Daerah Belait. Atas kesalahan tersebut, kedua-dua syarikat dikenakan kompaun sebanyak BND500 setiap syarikat. Jika gagal membayar denda tersebut dalam masa tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan, maka syarikat-syarikat tersebut Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Daerah Belait BAHAGIAN penguatkuasaan akan sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan terhadap kesalahan pembuangan sampah dari semasa ke semasa. Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Dipenjara, sebat akibat bakar masjid BANDARSERI BEGAWAN , Khamis, 2 Disember. - Seorang lelaki, warga tempatan, dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan enamkali sebatan, di Mahkamah Perantaraan akibat membakar masjid. Hakim Hajah Hazarena binti POKSJDPHaji Hurairahmenjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Erwan bin Manggis, 38 tahun mengaku bersalah terhadap dua tuduhan. Walau bagaimanapun, pihak mahkamah memerintahkan hukuman penjara defendan berjalan, bermula pertama kali defendan ditahan reman, pada 31 Julai lalu. Mengikut pertuduhan, pada 4 April 2017, Mohd. Erwan bin Manggis bersama seorang rakan berjalan kaki dari rumah rakannya itu, di Kampung Mentiri menuju Masjid RPN Kampung Mentiri, pada jam 2.00 pagi. Mereka memasuki pekarangan melalui pagar yang tidak berkunci dan masuk ke dalam masjid melalui pintu yang juga tidak berkunci. Defendan kemudian menjumpai penggantung baju dan menjadikannya sebagai alat untuk mengambil wang dari kotak derma. Defendan dan rakannya bergilir-gilir dalam percubaan untuk mengambil wang tunai, tetapi tidak berjaya. Defendan kemudian menyedari akan terdapatnya kamera litar tertutup dan bimbang perbuatan mereka akan diketahui, oleh itu, defendan memutuskan untuk memusnahkan sebarang bukti dengan membakar masjid tersebut. Defendan kemudian pergi ke hadapan masjid dan membakar gril plastik penghawa dingin menggunakan pemetik api yang dibawanya. Defendan dan rakannya berlari keluar dan tidak lama kemudian, mereka terdengar bunyi letupan yang kuat dan melihat kebakaran besar berlaku, di kubah masjid. Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dimaklumkan oleh seorang penduduk di kawasan itu dan berjaya mengawal kebakaran, walau bagaimanapun kebanyakan bahagian bangunan masjid telah rosak. Kemudian pada bulan Mac, defendan terdesak untuk mendapatkan wang tunai dan memutuskan untuk menyelongkar barang ibunya, di dalam bilik tidur, di kediamannya dan berjaya mendapatkan beberapa barang kemas dan kain bercorak. Defendan kemudian membawa barang kemas itu kepada tukang emas untuk menjualnya, namun pekerja tersebut memberitahu defendan, bahawa barang kemas tersebut adalah palsu. Semasa dalam perjalanan pulang, defendan membuang beberapa barang kemas tersebut ke dalam sungai dan menyimpan sebahagiannya bersama kain bercorak. Ketika terjumpa bersama seorang wanita warga emas, defendan menawarkan kainbercorak itudengan harga BND20. Wanita itu membeli beberapa kain itu dan defendan pulang ke rumah dengan baki barangan tersebut. Menyedari akan barang miliknya hilang, ibu defendan berjumpa dan berhadapan bersama defendan, namun defendan tidak mahu mendengar juga tidak mempedulikannya. Berikutan dengan kejadian tersebut, laporan polis telah dibuat dan membawa kepada penahanan defendan dan mengaku mencuri barangan ibunya juga menggunakan hasil jualan untuk membeli dadah. Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli memohon hukuman setimpal untuk memberikan pengajaran kepada tertuduh. Defendan merayu untuk diringankan hukuman dan meminta supaya tidak disebat, namun pihak hakim mengambil kira tahap besar kesalahan juga mengambil langkah untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal. Hakim juga mengambil kira, bahawa defendan menyebabkan kerosakan masjid, bernilai BND5,000,000 hingga menyusahkan penduduk kawasan itu, yang terpaksa mengerjakan sembahyang di balai raya, yang hanya boleh menempatkan seramai 500 orang, dalam satu masa. la juga merupakan penekanan mahkamah, bahawa dia telah merosakkan kepercayaan di antara defendan dan ibunya kerana mencuri dalam rumah mereka sendiri. Mahkamah, seterusnya melihat senarai panjang sabitan kesalahan defendan sejak 2000, dengan yang terbaharu dilakukan, pada 2019. Mahkamah menyatakan, bahawa defendan telah dijadualkan untuk dijatuhkan hukuman, pada Ogos, walau bagaimanapun, dengan arahan Kementerian Kesihatan bagi membendung penularan COVID-19 kes tersebut disambung, pada hari ini. DESAKAN HIDUP DORONG PECAH AMANAH BANDAR SERI BEGAWAN , Khamis, 2 Disember. - Seorang Pembantu Kerani wanita, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Perantaraan, hari ini, atas kesalahan melakukan pecah amanah wang dari National Standard Centre (NSC), Energy and Industry Department, bernilai BND11,875, pada tahun 2017 hingga 2018 lalu. Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menjatuhkan hukuman itu terhadap Hajah Masbunah binti Haji Matali, 46 tahun, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan Jurubahasa Mahkamah. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bekerja sebagai Pembantu Kerani, antara lain menerima bayaran daripada syarikat dan individu untuk barang yang dihantar. Pada 23 Mac 2018, Ketua NSC dimaklumkan, bahawa dua buku resit diserahkan kepada defendan dan kelihatan curiga kerana tarikh pembayaran tidak direkodkan dalam mana-mana buku resit. Siasatan dalaman dijalankan dengan segera, di mana defendan diarahkan untuk menyerahkan kesemua buku resit dalam simpanannya. Pemeriksaan lanjut terhadap buku resit dijalankan dan mendapati catatan buku resit, buku tunai dan deposit bank adalah tidak konsisten. Pada 24 Mac 2018, satu laporan polis dibuat dan siasatan pihak polis mendedahkan, bahawa defendan telah melakukan jenayah pecah amanah dengan menyalahgunakan sejumlah BND11,875 daripada wang yang diterima sebagai bayaran daripada pelanggan, pada pelbagai majlis, di antara 4 Mac 2017 dan 22 Mac 2018. Semasa siasatan polis, defendan mengaku melakukan pecah amanah jenayah untuk jumlah yang besar dan mengaku menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadinya, iaitu sebagai membeli minyak kereta dan barangan peribadi lain juga untuk membayar hutangnya. Defendan mengakui, bahawa dia menggunakan wang itu kerana dia mempunyai masalah kewangan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Nor 'Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. boleh dihadapkan ke mahkamah dan denda sebanyak BND1,000 akan dikenakan bagi kesalahan kali pertama dan BND3,000 akan dikenakan kepada syarikat yang melakukan kesalahan berulang kali dengan denda sebanyak BND3,000 dan penjara tidak melebihi tiga bulan. Bahagian penguatkuasaan akan sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan terhadap kesalahan pembuangan sampah dari semasa ke semasa bagi memastikan tidak ada syarikat atau individu yang melakukan pembuangan sampah secara tidak terkawal, di Daerah Belait.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTM4NjU2NA==