HARI SABTU 04 DISEMBER 2021

HARI SABTU 4 DISEMBER 2021 NASIONAL 23 Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Ihsan Universiti Islam Sultan Sharif Ali KENAL pasti dan mengetahui kedudukan atau tahap perkembangan daripada aspek pembangunan dan inovasi halal yang boleh diadaptasi demi kedayatahanan dan kemajuan industri halal juga keperluan asasi yang wajib ada bagi umat Islam, bukan sahaja bagi setiap negara, malah bagi dunia keseluruhannya. PERTUMBUHAN dan peningkatan industri halal tidak dapat lagi diperkecilkan, malah kedudukannya yang menjadi sebagai penyumbang utama ekonomi di seluruh dunia adalah petanda betapa pentingnya aspek berkenaan dalam kehidupan secara global. DENGAN bertambahnya keperluan utama kepada pelbagai perkhidmatan dan produk Halalan Thayyibanmembuktikan, bahawa konsep Halalan Thayyiban mampu membawa kepada pelbagai kebaikan dan keberuntungan yang bersifat universal serta mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. REKTOR Universiti Islam Sultan Sharif Ali ketika berucap pada Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Thayyiban Kali Ke-5 Tahun 2021, secara maya. OBJEKTIF seminar adalah bertujuan mengenal pasti keperluan dan kesinambungan industri Halalan Thayyiban dalam perjalanan hidup manusia di muka bumi, khasnya dalam situasi dunia berhadapan dengan cabaran wabak COVID-19. DI samping itu, memperkasakan perbincangan para cendekiawan dan pengamal industri Halalan Thayyiban dalam menjayakan perkembangan industri halal ke arah merealisasikan Wawasan Negara 2035. SEMINAR Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Thayyiban Kali Ke-5 Tahun 2021 diadakan yang bertemakan 'Halal Industry Amidst COVID-19 Pandemic' menerusi platform Zoom Webinar. Siaran Akhbar : Jabatan Kerja Raya Kenal pasti keperluan, kesinambungan industri Halalan Thayyiban BANDAR SERI BEGAWAN , Rabu, 1 Disember. - Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Thayyiban (SAPPHAT) Kali Ke-5 Tahun 2021 yang bertemakan 'Halal Industry Amidst COVID-19 Pandemic' anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban bersempena Brunei December Festival (BDF) 2021 berlangsung dengan jayanya selama sehari dengan menampilkan empat pembentang ucaptama dan 22 pembentang poster. Acara berlangsung menerusi platform Zoom Webinar dengan lebih 200 penyertaan, yang terdiri daripada para peserta tempatan dan luar negara. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal. Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, UNISSA, 2021, Pengiran Dr. Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim juga selaku Pengerusi SAPPHAT Kali Ke-5 Tahun 2021, dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, bahawa objektif seminar ini berlangsung adalah bertujuan mengenal pasti keperluan dan kesinambungan industri Halalan Thayyiban dalam perjalanan hidup manusia, di muka bumi, khasnya dalam situasi dunia berhadapan dengan cabaran wabak COVID-19. Di samping itu, memperkasakan perbincangan para cendekiawan dan pengamal industri Halalan Thayyiban dalam menjayakan perkembangan industri halal ke arah merealisasikan Wawasan Negara 2035. Empat pembentang utama bagi SAPPHAT Kali Ke-5 Tahun 2021 ini menampilkan Profesor Madya Dr. Haji Mohd. Shahril bin Ahmad Razimi dari Universiti Utara Malaysia; Profesor Madya Dr. Asman Taeali dari Universiti Prince of Songkla Thailand; Profesor Dr. Heri Pratikto dari Universitas Negeri Malang, Indonesia; dan Pengiran Dr. Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim dari UNISSA. Seminar juga telah menyenaraikan seramai tiga orang penerima sijil pembentang terbaik dan juga tiga penerima poster terbaik dalam kategori platinum, emas dan perak. SAPPHAT Kali Ke-5 Tahun 2021 ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada semua pengamal dan pengusaha industri halal, khususnya di negara ini untuk terus berusaha dan berdaya tahan dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti produk serta perkhidmatan Halalan Thayyiban yang sudah setentunya akan meningkatkan lagi tahap ekonomi rakyat dan negara ini juga dapat memberikan keyakinan kepada semua pihak dan mampu meningkatkan lagi pengiktirafan juga keyakinan negara luar yang tinggi terhadap negara ini. Di samping itu, seminar ini diharapkan juga berupaya memberikan input yang berguna untuk dikongsikan bersama dalam usaha kita memperkasakan lagi industri halal, khususnya ketika kita menjalani kehidupan di dalam norma baharu. KONSEP HALALAN THAYYIBAN MEMBAWA KEBAIKAN, KEBERUNTUNGAN BANDAR SERI BEGAWAN , Rabu, 1 Disember. - Ujian wabak COVID-19 ini bukanlah sebagai satu kelonggaran atau alasan untuk kita mengabaikan pelbagai perkara yang berkaitan dengan halal juga yang berkaitan dengan keselamatan kualiti dan kesihatannya. Alhamdulillah sebagaimana yang kita maklum, pelbagai pihak yang berkenaan di negara ini juga amat mengambil perhatian dan sentiasa mengambil sikap yang serius mengenainya. Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal menyatakan perkara demikian, pada Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Thayyiban (SAPPHAT) Kali Ke-5 Tahun 2021, yang diadakan secara maya. Justeru itu, katanya, beliau rasa inilah peluang yang amat berharga untuk kita sama-sama manfaatkan, khususnya para pengamal, pelaksana, pengusaha industri halal, termasuk juga para ahli akademi, pengkaji juga para mahasiswa untuk meningkatkan pengetahuan tentang keistimewaan dan cabaran yang berkaitan dengan pelbagai isu Halalan Thayyiban, dengan mengenal pasti dan mengetahui kedudukan atau tahap perkembangan daripada aspek pembangunan dan inovasi halal yang boleh diadaptasi demi kedayatahanan juga kemajuan industri halal dan keperluan asasi yang wajib ada bagi umat Islam, bukan sahaja bagi setiap negara, malah bagi dunia keseluruhannya. Menurutnya, pertumbuhan dan peningkatan industri halal tidak dapat lagi diperkecilkan, malah kedudukannya yang menjadi sebagai penyumbang utama ekonomi di seluruh dunia adalah petanda betapa pentingnya aspek berkenaan dalam kehidupan secara global. ''Dengan bertambahnya keperluan utama kepada pelbagai perkhidmatan dan produk Halalan Thayyiban pula telah membuktikan, bahawa konsep Halalan Thayyiban mampu membawa kepada pelbagai kebaikan dan keberuntungan yang bersifat universal serta mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. ''Mudah-mudahan dengan terlaksananya seminar ini akan dapat menjadi pemangkin kepada semua pengamal dan pengusaha industri halal, khususnya di negara ini untuk terus berusaha dan berdaya tahan dalammeningkatkan kualiti dan kuantiti produk serta perkhidmatan Halalan Thayyiban yang sudah setentunya akan meningkatkan lagi tahap ekonomi rakyat dan negara ini serta dapat memberikan keyakinan kepada semua pihak serta mampu meningkatkan lagi pengiktirafan serta keyakinan negara luar yang tinggi terhadap negara ini,'' ujarnya. Beliau berharap dengan adanya seminar tersebut akan mencapai matlamatnya, iaitu bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang Halalan Thayyiban, malah adalah diharapkan juga agar ia berupaya memberikan input yang berguna untuk dikongsikan bersama, dalam usaha kita memperkasakan lagi industri halal, khususnya ketika kita menjalani kehidupan di dalam norma baharu. Jambatan Sungai Rampayoh ditutup sementara BELAIT , Khamis, 2 Disember. - Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai, terutama kepada pengguna- pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara Jambatan Sungai Rampayoh, Jalan Labi, Daerah Belait, yang akan bermula pada Jumaat, 3 Disember 2021, jam 3.00 petang selama tiga hari. Penutupan sementara jambatan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih jalan susur ke jambatan berkenaan dapat dilaksanakan. Sehubungan itu, pihak JKR ingin menasihatkan kepada pengguna-pengguna jambatan berkenaan, terutamanya penduduk yang terjejas untuk membuat perancangan awal perjalanan. Selain itu, pengguna-pengguna juga diingatkan supaya mengambil langkah untuk lebih berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut, di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas juga mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak JKR melalui Talian Darussalam, 123 atau Live Chat 123, +673 8333123 atau e-mel, pro@pwd.gov.bn .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTM4NjU2NA==