HARI RABU 26 JANUARI 2022

EDISI RABU / PERCUMA JABATAN PENERANGAN DIRIWAYATKAN daripada Abu Hurairah Abdul Rahman bin Shakhr Radiallahuanhu berkata, aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Apa pun yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah dan apa pun yang saya perintahkan kamu lakukan, maka kerjakanlah sedaya upaya. Sesungguhnya yang membinasakan orang yang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh)". (Hadis Riwayat Muslim) 67 12 5.05 5.15 6.36 6.59 12.34 3.55 6.30 7.42 26 JANUARI 2022 / 1443 23 27 5,960 263 | 0 127 Berita Utama 59 16,179 1 15 | 18 15,700 Maklumat setakat 25 JANUARI 2022 Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi MAJLIS PERSANTAPAN DIRAJA PENUH GEMERLAPAN KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lihat muka 3 hingga 5). Doa Selamat, Menutup Gendang Jaga-Jaga sempurna dilaksanakan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 Januari. - Kemeriahan Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi yang diadakan dengan penuh adat istiadat sepanjang beberapa hari yang lalu berakhir pada hari ini dengan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga yang berlangsung di Istana Nurul Iman. Oleh : Abu Bakar Haji Abd. Rahman, Srinarawie Bidzah, Noraisah Haji Muhammed, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang memangku Istiadat Perkahwinan Diraja bagi pihak Pengantin Diraja Lelaki berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga di Darussidiq, Jerudong. - Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said. >> Muka 6 MEMBENDUNG jenayah siber tanggungjawab bersama BERSAMA mendukung Protokol Hijau MAJLIS Khatam Al-Quran sempena penubuhan Masjid Kampung Sungai Besar

HARI RABU 26 JANUARI 2022 2 Jaga akhlak 26 27 28 29 30 31 1FEBRUARI 23 24 25 26 27 28 29 JANUARI JAMADILAKHIR 7 . 42 7 . 42 7 . 43 7 . 43 7 . 43 7 . 43 7 . 43 12 . 34 12 . 34 12 . 34 12 . 34 12 . 35 12 . 35 12 . 35 6 . 59 6 . 59 6 . 59 7 . 00 7 . 00 7 . 00 7 . 00 6 . 36 6 . 36 6 . 36 6 . 36 6 . 36 6 . 36 6 . 36 5 . 15 5 . 15 5 . 15 5 . 15 5 . 16 5 . 16 5 . 16 5 . 05 5 . 05 5 . 05 5 . 05 5 . 06 5 . 06 5 . 06 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 31 6 . 31 6 . 31 3 . 55 3 . 55 3 . 56 3 . 56 3 . 56 3 . 56 3 . 56 26 JANUARI 2022 DALAM kehidupan seharian kita sering diajar untuk menjaga akhlak kita, menjaga diri kita dan menjaga persekitaran kita. Akhlak ini juga mencerminkan identiti kita secara tidak langsung di mana orang di sekeliling kita dapat melihat perilaku kita. Pepatah Melayu ada menyatakan 'Yang tua dihormati dan yang muda disayangi atau dikasihi', ini membawa erti untuk kita mesti menghormati dan menyayangi sesiapa sahaja. Kita tidak boleh berasa sombong atau bangga diri walaupun orang itu kita tidak sukai. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216 antara lain makna terjemahannya: ''Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu''. Akhlak ini adalah sesuatu perbuatan atau perkataan yang dilakukan atau diungkap pada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan. Pada masa ini, teknologi mengubah perilaku kita daripada seorang yang suka berbicara kepada seorang yang tidak peka akan sekeliling kita. Kerana kita sudah terbiasa dengan kehidupan teknologi seperti telefon bimbit, televisyen, komputer dan alat-alat teknologi pada masa ini. Pada dasarnya, teknologi ini banyak membantu kita tetapi ia juga banyak memberi kesan sampingan kepada kesihatan antaranya mata dan pemikiran. Jadinya penggunaan teknologi sebaiknya ia seimbang. Teknologi ini juga mengubah akhlak atau perilaku kita seperti penerimaan maklumat tidak sahih dan sebagainya. Dalam kita seimbangkan teknologi dengan akhlak kita, beberapa faktor yang perlu ada pada diri seseorang itu ialah menjaga hubungan baik iaitu seperti memberi pertolongan kepada perkara-perkara kebaikan. Sebagai contoh juga jika berlaku kepada diri sendiri, disebabkan kita menjaga hubungan baik pasti ada yang akan membantu kita. Jika kita melakukan sebaliknya, pasti sahaja orang tidak akan peduli akan kita. Sebagai manusia yang tidak lari daripada melakukan dosa, sebaiknya perkara yang penting kita jaga ialah kita mestilah berkata benar. Berkata benar dalam apa jua urusan. Jangan sesekali kita meremehkan orang lain atau memandang rendah orang lain. Kerana setiap apa yang kita lakukan pasti akan dibalas setimpal dengan apa yang kita lakukan kepada orang lain. Sentiasa bersangka baik sesama manusia. Untuk menjadi insan cemerlang dunia akhirat hendaklah kita sentiasa menjaga diri kita, dari segi penampilan kita, menjaga pergaulan kita kerana perkara-perkara tersebut boleh mendatangkan fitnah. Kita tidak tahu apa penilaian orang terhadap kita tetapi bila kita menjaga kemaslahatan kita, insyaaAllah kita akan terpelihara oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Menjaga persekitaran juga salah satu akhlak kita. Sebagai contoh, kita membersihkan satu tempat daripada kekotoran. Kerana kita tidak mahu atau tidak suka melihat di suatu tempat itu berlakunya kekotoran kita segera membersihkannya. Marilah kita sama-sama menjaga akhlak dan sentiasa ingin melakukan kebaikan kepada orang-orang di sekeliling kita walaupun kita diperlakukan sebaliknya. Dengan menjaga akhlak ini juga kita akan sentiasa rasa tenang dengan persekitaran dan kehidupan kita seharian. Seimbangkan teknologi dengan akhlak kehidupan seharian kita. Elakkan daripada membuat perkara-perkara tidak baik dan perbanyakkan perkara-perkara mendatangkan kebaikan. Sekian Sidang Pengarang keluaran kali ini. - Ketua Penyuntingan (Fa) BERKENAN UTUS TAHNIAH KEPADA INDIA, AUSTRALIA KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamberkenanmenghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik India, Tuan Yang Terutama Shri RamNath Kovind dan Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi. Sementara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Governor-General Komanwel Australia, Tuan Yang Terutama General The Honourable David John Hurley, AC DSC (Retd) dan Perdana Menteri Komanwel Australia, The Honourable Scott Morrison, MP. BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Ram Nath Kovind dan Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi dan kerajaan serta rakyat Republik India bersempena dengan Hari Republik India. Sementara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Governor-General Komanwel Australia, Tuan Yang Terutama General The Honourable David John Hurley, AC DSC (Retd) dan Perdana Menteri Komanwel Australia, The Honourable Scott Morrison, MP dan kerajaan serta rakyat Australia bersempena dengan Hari Australia.

HARI RABU 26 JANUARI 2022 3 >> Muka 4 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat pada Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi. Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 Januari. - Balai Persantapan, Istana Nurul Iman menjadi saksi kemeriahan dan keraian Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi. Persembahan muzik kebudayaan yang digualkan menyerikan lagi suasana pada Majlis Persantapan Diraja, sekali gus menjadi halwa telinga buat tetamu-tetamu yang hadir, yang diwarnai dengan kerdipan lampu yang berwarna-warni, ditambah lagi dengan hiasan bunga-bunga segar yang harum mewangi menambah seri lagi majlis berkenaan. TURUT berangkat, anakanda-anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri PengiranMuda 'Abdul Wakeel dan adinda Kebawah Duli YangMahaMulia. Juga berangkat, Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor (atas dan atas kanan). JUGA berangkat, anakandaanakanda Kebawah DYMM, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan adinda-adinda Kebawah DYMM. Turut hadir, bonda Pengantin Diraja Perempuan (kiri). TURUT berangkat, anakanda-anakanda Kebawah DYMM, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah serta adinda-adinda baginda. Juga hadir, ayahanda dan bonda Pengantin Diraja Lelaki (kiri dan tengah). Manakala gambar kanan, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan. Oleh : Nurhamiza Awang Haji Roslan, Nooratini Haji Abas, Haniza Abdul Latif Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman Majlis Persantapan Diraja penuh gemerlapan

HARI RABU 26 JANUARI 2022 4 >> Muka 3 Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam bersama-sama Pengantin Diraja Perempuan dan Pengantin Diraja Lelaki jelas mencerminkan keakraban keluarga diraja, di mana akan menjadi salah satu ristaan manis dan sebahagian daripada kenangan bermakna bagi yang hadir khasnya juga kepada seluruh rakyat jelata amnya. Sejuk suasana sesejuk mata-mata yang memandang Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. Turut berangkat, cucundacucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor. Kehadiran tetamu khas baginda memberikan suasana yang lebih bermakna sebagai tinta emas dalam lipatan sejarah negara ini, dalam mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin di antara kedua belah pihak. Hadir sama, bonda Pengantin Diraja Perempuan juga ayah dan ibu Pengantin Diraja Lelaki. Sebelum Majlis Persantapan Diraja bermula, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Sebelum meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri bersama Pengantin Diraja berkenan bergambar ramai dan beramah mesra bersama tetamu khas baginda. Terpancar kegembiraan dan keceriaan mempelai diraja, melambai sambil tersenyum mesra kepada tetamu yang hadir, sama cantik sama padan berjalan seiringan dihiasi busana yang cantik lagi menawan, menambah seri mempelai diraja yang kekal menjadi ristaan kepada para tetamu juga hadirin sekalian. Turut hadir memeriahkan Majlis Persantapan Diraja berkenaan, Yang Amat Mulia Pengiranpengiran Cheteria, Menterimenteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis-majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manterimanteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pedalaman, Ketua-ketua Perwakilan Negara Asing di Negara Brunei Darussalam, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausahasetiausaha Tetap dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan juga wakil-wakil daripada Syarikat-syarikat Milik Kerajaan. akan kecantikan dan ketampanan mempelai diraja yang dikasihi. Berangkat sama menyerikan majlis persantapan yang penuh gemerlapan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati. Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan bergambar bersama YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi serta bonda Pengantin Diraja Perempuan dan ayahanda juga bonda Pengantin Diraja Lelaki. KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan anakandaanakanda serta adinda-adinda baginda berkenan beramah mesra bersama Pengantin Diraja. Juga berangkat, YAM Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor. KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan anakandaanakanda serta adinda-adinda baginda berkenan bergambar bersama YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi. Turut hadir, bonda Pengantin Diraja Perempuan dan bonda Pengantin Diraja Lelaki. >> Muka 3

HARI RABU 26 JANUARI 2022 5 Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

HARI RABU 26 JANUARI 2022 6 YANG Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menjunjung anugeraha untuk menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar pada Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga yang berlangsung di Istana Nurul Iman. DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang memangku Istiadat Perkahwinan Diraja bagi pihak Pengantin Diraja Lelaki berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga yang berlangsung di Darussidiq, Jerudong (atas dan kanan). DOA SELAMAT, MENUTUP GENDANG JAGA-JAGA SEMPURNA DILAKSANAKAN Oleh : Abu Bakar Haji Abd. Rahman, Srinarawie Bidzah, Noraisah Haji Muhammed, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji. Nikman, Pg. Haji Mohd. Fawzy Pg. Haji Ahmad, Abdul Kadir Md. Tahir Majlis tersebut disempurnakan di hadapan majlis Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar. Majlis dimulakan dengan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof menjunjung anugeraha untuk menyembahkan kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bahawa majlis telah siap sedia. Seterusnya, YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz kemudian mensabdakan kepada Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan untuk mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga telah siap sedia. Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan menjunjung anugeraha untuk mengadap ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk menjunjung kurnia perkenan baginda bagi memulakan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga. Setelah titah dijunjung, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan masuk semula ke dalam majlis untuk mengadap dan menyembahkan kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, ''Pada menjunjung titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di mana baginda telah memperkenankan supaya Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga dimulakan''. Kemudian, majlis diteruskan dengan empat orang Awang-Awang masuk ke dalam majlis untuk meletakkan Dian Empat yang sedia terpasang (bertunu) dan selepas meletakkan Dian, mereka beredar dari majlis. Seterusnya, Surat Zikir, Bantal Geguling dan Pebarahan dibawa masuk oleh tiga orang Awang-Awang dan diletakkan di tempat yang ditentukan lalu mereka beredar dari majlis. Sejurus selepas itu, Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga dimulakan dengan Dikir Syarafil Anam (Dikir Marhaban) yang dibawakan oleh Begawan-begawan Pehin Khatib dan Begawan-begawan Mudim sehingga kepada perenggan 'Ya Habibi', maka diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan. Sejurus selepas itu, Alat Perhiasan Diraja diturunkan di Balai Pemajangan sebaik-baik sahaja tembakan meriam dilepaskan. Perhiasan yang mula-mula diturunkan ialah Tunggul Charok. Begitu juga dengan perhiasan yang lain antaranya Ambal, Payung, Ula-Ula Besar dan Dadap merupakan Alat Perhiasan Diraja yang diwarisi zaman-berzaman yang masing-masing melambangkan sesuatu ciri. Doa Dikir dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan menjunjung anugeraha untuk menyembahkan kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bahawa Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga telah sempurna dilaksanakan. >> Muka 1 >> Muka 7

HARI RABU 26 JANUARI 2022 7 YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz kemudian mensabdakan kepada Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan, ''BisaitahPehin mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga telah sempurna dilaksanakan, dijunjung titah kurnia perkenan supaya majlis ditutup dan seterusnya majlis menjunjung anugeraha''. Setelah titah dijunjung, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan masuk semula ke dalam majlis untuk menyembahkan kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, ''Pada menjunjung titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di mana baginda telah memperkenankan supaya majlis ditutup''. Majlis penuh adat beristiadat di Istana Nurul Iman itu dihadiri oleh YAM Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis-Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Hulubalang dan Manteri-Manteri Pedalaman, Duta-Duta, PesuruhjayaPesuruhjaya Tinggi, SetiausahaSetiausaha Tetap dan KetuaKetua Jabatan serta para jemputan. Sementara itu, Majlis Istiadat Gendang Jaga-Jaga juga diadakan sebelah pagi di Darussidiq, Jerudong. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang memangku Istiadat Perkahwinan Diraja bagi pihak Pengantin Diraja Lelaki berkenan berangkat ke majlis tersebut. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen, didahului oleh Hulubalang Diraja, yang membawa Pemuras dan Karga, sementara Hulubalang Asgar membawa Kelasak dan Kampilan serta diiringi oleh Pembawa-pembawa Alat-alat Perhiasan Empat. Keberangkatan DYTM dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara DirajaMejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit, Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier Jeneral (B) Pengiran Haji Hasnan dan Yang Mulia Awang Nabil Mahmoud Abdulkadir Al-Hashimi. >> Muka 6 >> Muka 8 YANG Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jaafar menjunjung anugeraha untuk menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim pada Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga yang berlangsung di Darussidiq, Jerudong (atas). Manakala gambar kanan, Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga dimulakan dengan Dikir Syarafil Anam (Dikir Marhaban) yang dibawakan oleh Begawan-begawan Pehin Khatib dan Begawan-begawan Mudim. Sementara gambar bawah dan bawah kanan, pada majlis yang diadakan di Istana Nurul Iman. empat orang Awang-Awang masuk ke dalam majlis untuk meletakkan Dian Empat yang sedia terpasang (bertunu) manakala Surat Zikir, Bantal Geguling dan Pebarahan dibawa masuk oleh tiga orang Awang-Awang dan diletakkan di tempat yang ditentukan. TEMBAKANmeriamdilepaskan dan serentak dengan itu Alat Perhiasan Diraja diturunkan satu persatu di Darussidiq, Jerudong (atas dan kanan).

HARI RABU 26 JANUARI 2022 8 Sejurus selepas itu, DYTM kemudiannya dijunjung berangkat ke bilik khas. Di Dewan Cempaka, Darussidiq Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga bermula dengan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jaafar menjunjung anugeraha untuk menyembahkan kepada YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bahawa Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga telah siap sedia. YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim mensabdakan supaya Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM. DYTM mensabdakan supaya istiadat dimulakan. Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan kemudian menjunjung anugeraha untuk menyembahkan sabda yang dijunjungnya kepada YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad. YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad mensabdakan supaya istiadat dimulakan. Setelah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan menjunjung anugeraha untuk balik ke tempat duduknya. Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga dimulakan dengan Dikir Syarafil Anam (Dikir Marhaban) yang dibawakan oleh Begawan-begawan Pehin Khatib dan Begawan-begawan Mudim. MAJLIS Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga yang berlangsung di Darussidiq dimulakan dengan Dikir Syarafil Anam (Dikir Marhaban) yang dibawakan oleh Begawan-begawan Pehin Khatib dan Begawan-begawan Mudim (kiri dan kanan). >> Muka 7 >> Muka 9 DOA Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan. SEKITAR Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga yang berlangsung di Istana Nurul Iman. KEMERIAHAN Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi yang diadakan dengan penuh adat istiadat sepanjang beberapa hari yang lalu berakhir dengan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

HARI RABU 26 JANUARI 2022 9 Sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan dan serentak dengan itu Alat Perhiasan Diraja diturunkan satu persatu. Doa Dikir dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid. Sementara Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim. Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan menjunjung anugeraha untuk menyembahkan kepada YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad bahawa Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga telah sempurna dilaksanakan. Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM. DYTM mensabdakan supaya majlis ditutup. Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan kemudian menjunjung anugeraha untuk menyembahkan sabda yang dijunjungnya kepada YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad. YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad mensabdakan supaya majlis ditutup. DYTM kemudiannya berangkat meninggalkan majlis, diikuti oleh Pembesar-pembesar Negara juga para jemputan. >> Muka 8 YANG Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz direnjiskan dengan wangi-wangian pada Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga yang berlangsung di Istana Nurul Iman (kiri). Sementara gambar bawah, majlis dimulakan dengan Dikir Syarafil Anam (Dikir Marhaban) yang dibawakan oleh Begawan-begawan Pehin Khatib dan Begawan-begawan Mudim. PARA jemputan yang hadir turut direnjiskan dengan wangi-wangian (atas). Manakala gambar atas kiri, para jemputan berdiri semasa Dikir Syarafil Anam (Dikir Marhaban) dilaungkan. Sementara gambar bawah dan kiri, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan serentak dengan itu Alat Perhiasan Diraja diturunkan satu persatu di Istana Nurul Iman.

HARI RABU 26 JANUARI 2022 10 Berita dan Foto : Haniza Abdul Latif NASIONAL Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid PEREKA Fesyen terkenal dari Malaysia, Dato' Sri Bernard Chandran semasa ditemu bual. GABUNGAN TRADISI TENUNAN BRUNEI, KONTEMPORARI SERIKAN PENGANTIN DIRAJA BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 Januari. - Pakaian tenunan Brunei yang dikenakan oleh kedua mempelai diraja, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi merupakan rekaan tradisi dan kontemporari yang diharap dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai, khususnya golongan muda. Pereka Fesyen terkenal dari Malaysia, Dato' Sri Bernard Chandran semasa ditemu bual Pelita Brunei sejurus selesai Majlis Persantapan Diraja di Istana Nurul Iman, di sini, menyatakan, bahawa golongan muda perlu menghargai penggunaan kain tenunan Brunei kerana ia merupakan jenis fabrik tradisional yang cantik dan menarik. Dato' Sri Bernard Chandran selaku pereka baju Pengantin Diraja sepanjang Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja menjelaskan, di mana pakaian yang dikenakan tersebut adalah mengikut cita rasa dan kesukaan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah. Menurut Dato' Sri Bernard Chandran lagi, corak baju Pengantin Diraja dan veil semasa Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja adalah direka mengikut rekaan terkini dan kontemporari. Menyentuh mengenai proses menghasilkan baju Pengantin Diraja, beliau menjelaskan, idea untuk mereka pakaian tersebut mengambil masa selama enam bulan, manakala baju tersebut mengambil masa selama dua hingga tiga bulan untuk disiapkan. Beliau, seterusnya berkata, telah mula mengenali dan memahami cita rasa rekaan pakaiannya sejak YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berusia 10 tahun. ''You get the best design because she believed in me with the process. I know exactly what she wants,'' ujarnya lagi. Dalam pada itu, beliau merafakkan ucapan sembah tahniah ke hadapan majlis mempelai diraja, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi, semoga kedua mempelai diraja berbahagia selama-lamanya. Adat Istiadat Perkahwinan Diraja dipelihara, ristaan zaman-berzaman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 Januari. - Adat Istiadat Perkahwinan Diraja merupakan adat warisan yang masih dipelihara sehingga sekarang, sekali gus mencipta sejarah Brunei yang akan menjadi ristaan zaman-berzaman. Perkara tersebut dikongsikan oleh Dayang Pong Bee Thing dari Kampung Rimba semasa ditemui Pelita Brunei mengenai Adat Istiadat Perkahwinan Diraja yang masih lagi dikekalkan sehingga ke hari ini. Menurutnya, menyaksikan sepanjang Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja daripada bermulanya Majlis Istiadat Bersuruh Diraja sehinggalah ke Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Majlis Gendang Jaga-Jaga merupakan satu pengalaman yang amat bermakna. Dalam pada itu, beliau juga merafakkan sembah ucapan tahniah kepada kedua-dua Pengantin Diraja, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi. Sementara itu, bagi Pengiran Faridah binti Pengiran Haji Mohammad dari Kampung Perpindahan Lambak Kanan pula, beliau melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menyaksikan Istiadat Perkahwinan Diraja yang merupakan adat warisan yang masih dipelihara dan dikekalkan sehingga sekarang. Tambahnya, ia sekali gus mencipta sejarah Negara Brunei Darussalam (NBD) yang akan menjadi ristaan zaman berzaman, khusus untuk generasi penerus. ''Merafak sembah ucapan tahniah ke hadapan majlis Pengantin Diraja, YTMPaduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi sempena Istiadat Perkahwinan Diraja. ''Semoga kedua-dua mempelai Pengantin Diraja dikurniakan kebahagiaan dan berkekalan hidup berkasih sayang serta dalam rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Allah Peliharakan Pengantin Diraja,'' ujarnya. Dayang Hajah Nonynoorliana binti Haji Janudin pula mengongsikan, Adat Istiadat Perkahwinan Diraja masih dikekalkan sehingga ke hari ini yang boleh dilihat, dijadikan ristaan untuk generasi anak-anak muda pada masa hadapan. Jelasnya, adat istiadat itu perlu terus dikekalkan untuk dijadikan khazanah turun-temurun warisan dari nenek moyang kerabat diraja yang kaya dengan adat dan secara tidak langsung dapat dilihat oleh seluruh rakyat jelata, bukan sahaja di NBD, malahan seluruh dunia. ''Ucapan sembah tahniah atas perkahwinan kedua-dua mempelai diraja, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi. Allah Peliharakan Pengantin Diraja,'' katanya lagi. DAYANG Hajah Nonynoorliana binti Haji Janudin (kiri), Dayang Pong Bee Thing (tengah) dan Pengiran Faridah binti Pengiran Haji Mohammad (kanan) semasa ditemu bual.

HARI RABU 26 JANUARI 2022 11 Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Kesihatan NASIONAL Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BAGI Program Vaksinasi Kebangsaan, setakat 23 Januari 2022, kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurang satu dos vaksin ialah 94.8 peratus; dua dos vaksin ialah 93.9 peratus; manakala kadar bagi yang menerima tiga dos ialah 37.2 peratus. DI antara 16 hingga 22 Januari 2022, tidak ada mukim mempunyai lebih daripada 40 kes, di mana 20 mukim (51.3 peratus) mempunyai jumlah kes di antara 1 ke 40 kes; dan 19 mukim (48.7 peratus) mempunyai kes sifar. SEJAK 18 hingga 24 Januari 2022, sebanyak 247 kes dikesan di Negara Brunei Darussalam, di mana 81 daripadanya adalah kes import. BAGI sekatan pergerakan yang dijalankan dari jam 12.00 malam semalam hingga 4.00 pagi tadi, tidak ada pelanggaran arahan dikeluarkan denda kompaun, di seluruh negara. YANG Berhormat Menteri Kesihatan pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan. 16 lagi kes baharu COVID-19 dicatat BERAKAS, Isnin, 24 Januari. - Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 16 kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini, yang membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada 16,148 orang. Jumlah tersebut melibatkan 15 kes tempatan, manakala satu adalah kes import, hasil daripada 850 jumlah ujian makmal yang dilakukan, dalam tempoh 24 jam lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.9 peratus. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar mengongsikan demikian semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini. Yang Berhormat menambah, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi; dan Kategori 5, iaitu memerlukan bantuan mesin pernafasan, di Unit Rawatan Intensif. ''18 kes telah disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 15,682 kes, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 364 kes. ''Sementara itu, kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan, di seluruh negara atau bed occupancy rateialah sebanyak 9.2 peratus,'' terang Yang Berhormat. Bagi Program Vaksinasi Kebangsaan, setakat 23 Januari 2022, Yang Berhormat menyatakan, kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurang satu dos vaksin ialah 94.8 peratus; dua dos vaksin ialah 93.9 peratus; manakala kadar bagi yang menerima tiga dos ialah 37.2 peratus. Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya mengongsikan, di antara 16 hingga 22 Januari 2022, tidak ada mukim mempunyai lebih daripada 40 kes, di mana 20 mukim (51.3 peratus) mempunyai jumlah kes di antara 1 ke 40 kes; dan 19 mukim (48.7 peratus) mempunyai kes sifar. Sementara itu, tambah Yang Berhormat, sejak 18 hingga 24 Januari 2022, sebanyak 247 kes dikesan di Negara Brunei Darussalam, di mana 81 daripadanya adalah kes import. Bagi sekatan pergerakan yang dijalankan dari jam 12.00 malam semalam hingga 4.00 pagi tadi, tidak ada pelanggaran arahan dikeluarkan denda kompaun, di seluruh negara, jelas Yang Berhormat. 31 KES BAHARU COVID-19, 18 SEMBUH BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 Januari. - Sebanyak 31 kes baharu jangkitan COVID-19 disahkan di negara ini, yang membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 meningkat kepada 16,179 orang. Daripada jumlah tersebut, 16 adalah kes tempatan, manakala 15 adalah kes import dan jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 3,123 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Oleh yang demikian, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.0 peratus. Menurut Siaran Akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi dan Kategori 5, iaitu memerlukan bantuan mesin pernafasan dan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine, (ExtraCorporeal Membrane Oxygenation - ECMO) di Unit Rawatan Intensif. Sementara itu, sebanyak 18 kes disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 15,700 kes, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 377 kes. Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan, di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 9.7 peratus. Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, setakat Isnin, 24 Januari 2022 kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah 94.8 peratus. Manakala kadar bagi yang menerima dua dos vaksin ialah 93.9 peratus dan sebanyak 37.8 peratus pula bagi yang menerima tiga dos vaksin.

HARI RABU 26 JANUARI 2022 12 NASIONAL 19 mukim catat kes sifar Yang Berhormat Menteri Kesihatan, seterusnya mengongsikan, di antara 16 hingga 22 Januari 2022, tidak ada mukim mempunyai lebih daripada 40 kes, di mana 20 mukim (51.3 peratus) mempunyai jumlah kes di antara 1 ke 40 kes; dan 19 mukim (48.7 peratus) mempunyai kes sifar. 81 daripada 247 kes adalah kes import Tambah Yang Berhormat Menteri Kesihatan, sejak 18 hingga 24 Januari 2022, sebanyak 247 kes dikesan di Negara Brunei Darussalam, di mana 81 daripadanya adalah kes import. Kes positif bukan dari dormitori Kes-kes positif COVID-19 tempatan yang dikesan, menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan, kebanyakannya adalah daripada rumah-rumah persendirian dan sebahagiannya adalah dari tempat kerja juga bukannya dari dormitori. Gejala adalah ringan Gejalanya adalah ringan, ini yang kita mahu. Kita tidak perlu risau atau cemas dengan jumlah angka tersebut, tegas Yang Behormat Menteri Kesihatan. Oleh itu, tegas Yang Berhormat, orang ramai diingatkan untuk sentiasa menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP), memakai sungkup muka dan jangan keluar rumah jika berasa kurang sihat, juga melakukan melakukan Ujian Pantas Antigen (ART). Kes tempatan dijangkiti varian Omicron masih dalam kajian, keputusan dalam masa terdekat Menyentuh mengenai jika terdapatnya kes-kes tempatan yang dijangkiti varian Omicron, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjelaskan, bahawa pada masa ini, ia masih dalam kajian dan mengambil sedikit masa untuk mengetahui keputusannya, juga pihak kementerian akan mengumumkannya jika sudah memperoleh keputusan dalam waktu terdekat. Kebanyakan varian Omicron daripada kes import Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan, varian Omicron yang dikesan di negara ini kebanyakannya adalah daripada kes-kes import. Namun Yang Berhormat mengingatkan, agar orang ramai tidak perlu cemas kerana walaupun varian Omicron mudah merebak, namun gejalanya hanya ringan. Dos penggalak 90 peratus lebih baik daripada 2 dos vaksin sahaja Tambah Yang Berhormat, dengan peratus vaksinasi negara sudah mencapai lebih 90 peratus, insyaaAllah gejala ini hanya dalam Kategori 1 atau 2 sahaja. ''Untuk menambah imuniti, saya menggalakkan orang ramai untuk mengambil dos penggalak apabila sampai tempoh masanya untuk mengambil dos penggalak. Ini kerana dos penggalak adalah 90 peratus lebih baik daripada dua dos vaksin sahaja,'' ujar Yang Berhormat. 16 kes tempatan, 15 import dikesan Sebanyak 31 kes baharu jangkitan COVID-19 disahkan di negara ini, yang membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 meningkat kepada 16,179 orang. Daripada jumlah tersebut, 16 adalah kes tempatan, manakala 15 adalah kes import dan jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 3,123 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Oleh yang demikian, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.0 peratus. 94.8 peratus terima 1 dos vaksin Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, setakat Isnin, 24 Januari 2022 kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah 94.8 peratus. Manakala kadar bagi yang menerima dua dos vaksin ialah 93.9 peratus dan sebanyak 37.8 peratus pula bagi yang menerima tiga dos vaksin. 18 kes disahkan sembuh Sebanyak 18 kes disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 15,700 kes, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 377 kes. Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan, di seluruh negara atau bed occupancy rateialah sebanyak 9.7 peratus. Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Dk. Nurhafilah Pg. Osman KES-kes positif COVID-19 tempatan yang dikesan kebanyakannya adalah daripada rumah-rumah persendirian dan sebahagiannya adalah dari tempat kerja juga bukannya dari dormitori. KES-kes tempatan yang dijangkiti varian Omicron pada masa ini, iamasih dalamkajian danmengambil sedikit masa untuk mengetahui keputusannya, juga pihak kementerian akanmengumumkannya jika sudahmemperoleh keputusan dalam waktu terdekat. DENGAN peratus vaksinasi negara sudah mencapai lebih 90 peratus, insyaaAllah gejala ini hanya dalam Kategori 1 atau 2 sahaja. UNTUK menambah imuniti, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menggalakkan orang ramai untuk mengambil dos penggalak apabila sampai tempoh masanya untuk mengambil dos penggalak. Ini kerana dos penggalak adalah 90 peratus lebih baik daripada dua dos vaksin sahaja. YANG Berhormat Menteri Kesihatan semasa sesi soal jawab pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam. USAH CEMAS, JALANKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA BERAKAS, Isnin, 24 Januari. - Orang ramai disaran agar tidak perlu berasa cemas atau bimbang dengan peningkatan jumlah kes tempatan sejak kebelakangan ini. Kes-kes positif COVID-19 tempatan yang dikesan kebanyakannya adalah daripada rumah-rumah persendirian dan sebahagiannya adalah dari tempat kerja juga bukannya dari dormitori. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar menyatakan demikian semasa sesi soal jawab, pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini. Namun demikian, ujar Yang Berhormat, apa yang penting ialah pengesanan kontak untuk memastikan semua yang berkaitan dengan kes positif, menjalani Ujian RT-PCR. Yang Berhormat berkata, kesemua kes positif tempatan sudah mendapatkan vaksinasi lengkap, termasuk dos penggalak. ''Justeru gejalanya adalah ringan, ini yang kita mahu. Kita tidak perlu risau atau cemas dengan jumlah angka tersebut,'' tekan Yang Behormat. Oleh itu, tegas Yang Berhormat, orang ramai diingatkan untuk sentiasa menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP), memakai sungkup muka dan jangan keluar rumah jika berasa kurang sihat, juga melakukan melakukan Ujian Pantas Antigen (ART). ''Orang ramai memainkan peranan penting untuk samasama menjalankan tanggungjawab masing-masing, menjaga kesihatan diri dan mencegah penularan ini,'' tambah Yang Berhormat. Sementara itu, menyentuh mengenai jika terdapatnya kes-kes tempatan yang dijangkiti varian Omicron, Yang Berhormat menjelaskan, bahawa pada masa ini, ia masih dalam kajian dan mengambil sedikit masa untuk mengetahui keputusannya, juga pihak kementerian akan mengumumkannya jika sudah memperoleh keputusan dalam waktu terdekat. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, jelas Yang Berhormat, varian Omicron yang dikesan di negara ini kebanyakannya adalah daripada kes-kes import. Namun Yang Berhormat mengingatkan, agar orang ramai tidak perlu cemas kerana walaupun varian Omicron mudah merebak, namun gejalanya hanya ringan. Tambah Yang Berhormat, dengan peratus vaksinasi negara sudah mencapai lebih 90 peratus, insyaaAllah gejala ini hanya dalam Kategori 1 atau 2 sahaja. ''Untuk menambah imuniti, saya menggalakkan orang ramai untuk mengambil dos penggalak apabila sampai tempoh masanya untuk mengambil dos penggalak. Ini kerana dos penggalak adalah 90 peratus lebih baik daripada dua dos vaksin sahaja,'' ujar Yang Berhormat.

HARI RABU 26 JANUARI 2022 13 NASIONAL Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Teknologi Brunei UNIVERSITI Teknologi Brunei (UTB) turut sama mengambil bahagian dalam penanaman sebanyak 2,000 anak pokok pada acara Perasmian Kempen Penanaman Pokok sempena Protokol Hijau yang diadakan di Taman ISLE dan sekitar Fasa 3 UTB. Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Ihsan Ajees Hamdan Foto : Ihsan Ajees Hamdan ORANG ramai berasa teruja apabila menyaksikan kemeriahan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja yang penuh gilang-gemilang dan adat istiadat yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen melalui Radio Televisyen Brunei dan telefon bimbit melalui RTBGo (atas dan bawah). BERSAMA MENDUKUNG PROTOKOL HIJAU BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 Januari. - Universiti Teknologi Brunei (UTB) bersama Institusi Pengajian Tinggi dan sekolahsekolah, di bawah Kementerian Pendidikan mengambil bahagian dalam penanaman sebanyak 2,000 anak pokok, pada acara Perasmian Kempen Penanaman Pokok sempena Protokol Hijau. Ia merupakan antara aktiviti yang diadakan di kampus universiti sebelum Majlis Konvokesyen UTB, yang akan diadakan pada 12 Februari depan. Acara berlangsung di Taman ISLE dan sekitar Fasa 3 kampus universiti. Kira-kira 133 anak pokok ditanam oleh kakitangan, mahasiswa dan alumni universiti tersebut. Acara diketuai oleh Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman. Menurut Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, sebagai salah satu strategi utama ke arah menjadikan Negara Brunei Darussalam negara berdaya tahan iklim juga rendah karbon, peningkatan penutupan hutan akan meningkatkan penyerapan karbon yang akan memberi kesan positif pada habitat, biodiversiti dan ekosistem negara. Sebanyak 10 strategi utama untuk memerangi isu perubahan iklim perlu dicapai, selaras dengan Wawasan Brunei 2035 dan meliputi bidang pelepasan industri, tutupan hutan (forest cover), kenderaan elektrik, tenaga boleh diperbaharui, pengurusan kuasa, penetapan harga karbon atau carbon pricing, pengurusan sisa, inventori karbon, daya tahan iklim dan penyesuaian juga kesedaran dan pendidikan. Negara masih kaya dengan adat, budaya TUTONG, Isnin, 24 Januari. - Rakyat dan Penduduk di Negara Brunei Darussalam berasa gembira dan bersyukur bagi Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya, Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi yang berlangsung kelmarin. Sehubungan itu, Penduduk di Daerah Tutong juga tidak ketinggalan merasakan kemeriahan majlis berkenaan, di mana menurut Pemangku Ketua Kampung Sengkarai, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan juga selaku Ketua Kumpulan Penggerak Belia IMPAK Daerah Tutong berasa bersyukur kerana beliau dan keluarga dapat menyaksikan secara langsung di kaca televisyen juga menerusi telefon bimbit bagi majlis yang penuh gilang-gemilang ini. ''Walaupun saya tidak berada di majlis berkenaan, namun kita selaku Rakyat Brunei dapat rasakan kemeriahan acara, di mana kita dapat melihat secara langsung acara tersebut, walaupun hanya melalui televisyen atau telefon bimbit, dengan adanya inisiatif Radio Televisyen Brunei (RTB) untuk membuat secara langsung, bagi memudahkan rakyat menyaksikan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja ini. ''Sekarang zaman moden kita klik saja RTBGo kita boleh melihat secara langsung, di mana saja kita berada,'' jelasnya. Menurut Awang Abdul Aziz lagi, dengan adanya siaran secara langsung bagi majlis yang penuh adat beristiadat ini, ia dapat mencerminkan, bahawa negara kita masih kaya dengan adat dan budaya yang tidak bertentangan dengan agama Islam dan ini menggambarkan negara kita tidak pupus dari adatnya, walaupun sudah pada era zaman kemodenan. Acara seumpamanya perlu dilihatkan kepada para belia juga anak-anak muda zaman sekarang agar mereka tahu adat istiadat dan apa jua adat juga budaya yang mesti kita kekalkan untuk generasi akan datang. Beliau juga berharap agar Adat Perkahwinan, seperti Adat Bersuruh, Adat Bertunang, Adat Mengantar Tanda Berian, Adat Pernikahan, Adat Malam Berbedak dan Adat Bersanding dapat dikekalkan. Jika adat tersebut mengikut puak masing-masing, maka kekalkanlah, seperti Adat Basuh Kaki, Bersuap-Suapan, Mulih Tiga Hari dan sebagainya agar majlis perkahwinan itu dapat dirasakan oleh mempelai pengantin. Pendaftaran Peperiksaan LCCI bermula 26 Januari BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 Januari. - Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan akan membukakan pendaftaran Peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) bagi bulan April 2022 bermula 26 Januari hingga 15 Februari 2022. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Peperiksaan tidak lewat Selasa, 15 Februari 2022. Bagi keterangan lanjut bolehlah diperoleh dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat pada setiap Isnin hingga Khamis mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi manakala Sabtu, mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Orang ramai juga bolehlah menghubungi Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan menerusi talian +673 2380630 / +673 2380776 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel exam.dept@moe.gov.bn atau jbtpeperiksaan.helpdesk@moe.gov.bn. Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTM4NjU2NA==